Sunday, March 22, 2009

Salam kerinduan

Assalamualaikum..
dalam sedar atau tidak, dah berkurun aku tak update blog aku ni..mula2 agak bersemangat nak wat blog, tp lame2 masa makin mencemburui aku..so, xdapat la nak update..huhu.baru hari ni aku berkesempatan utk tulis ape2 yang patut..hehe.dan antara percaya atau tidak, xlama lagi akan tiba lah hari yg sangat ditakuti..hari berperang dengan helaian2 kertas soalan..FINAL EXAM semakin hampir..tp, bg aku,aku rasa kosong je..huhu.mcm xblajar apepn......Ya Allah..Bantulah aku menghadapi saat2 terakhir menghadapi peperiksaan ini..Kau p'kuat dan tabahkanlah hatiku utk melawan nafsu2 malas yang merajai diriku..dan Kau kurniakanlah aku hati yang tenang utk menghadapi semua ini....

Sunday, February 15, 2009

Kejohanan Debat Piala Naib Canselor

Alhamdulillah............FSU MENANG!!!!!!!FSU bolot dua kategori Bahasa Arab dgn Bahasa Melayu..Ikhwan dapat debater Terbaik....Memang terbaek...Lagi skali TAHNIAH buat korang...

Saturday, February 14, 2009

Debat Piala Naib Canselor

Hari ni hari yang ditunggu2 dah tiba(14 Febuari 2009)...kpd semua pendebat FSU, Gud Luck to all of you....harap dpt jumpa korang di pentas Final nnti k...sebagai ajk teknikal yg baik,aku nak g wat keje len plak..hehe.thats all....

Friday, February 13, 2009

DEBAT NC

ALHAMDULILLAH......
FSU A & FSU B dapat masuk suku..mudah2an keenam2 kumpulan dpt buat yang terbaik.Semoga korang terus sukses dalam arena perdebatan ni k...Gud Luck to all FSU's debaters..xkira la BM,BI atau Arab..

Thursday, February 12, 2009

Iman, Islam & Ihsan

Mari kita sama-sama fahami Hadith Rasulullah ini yang mana hadith ini berkaitan dengan Iman, Islam dan Ihsan.

Hadith Abu Hurairah R.A. katanya: Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardhukan, mengeluarkan zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun, aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya, maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain itu, masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka. Maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman:34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui dimanakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memenggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ailah Jibril a.s. kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

(dipetik daripada Al-Bayan:Kitab Iman)

Wednesday, February 11, 2009

Salam Kesyukuran & Salam Ukhwah

Salam Kesyukuran dan Salam Ukhwah utk semua.. Firstly,aku bersyukur kehadrat Ilahi krn dgn izinNya, dpt aku buat blog yg tak seberapa ni..aku tengok kawan2 aku sakan bebeno dok wat blog sendiri..so,aku pun nak jgk wat blog aku sndiri..baru la celik ckit psal IT ni..hehe. Aku harap,blog ni dpt la jdi wadah @ wasilah utk kite kongsi cerita dan ilmu k?harap2 mcm tu la.. Lastly,klu ade masa2 terluang lagi, rajin2 la bkak blog aku ni ye..:-)okey...haza faqad minni,wassalam....

Sunday, February 1, 2009